Friday, December 2, 2011

minat


Sedikit komentar sempena pilihanraya Mesir fasa pertama 28 Nov 2011 yang lalu. Keputusan pilihanraya di tangguh selama beberapa hari sehingga menimbulkan keraguaan terhadap gerakerja SPR. Masuk hari ke-4 barulah keputusan dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya pilihanraya.Walauapapun, natijah yang baru diumumkan tadi memihak kepada Parti Hurriyyah Wa 'Adalah. Tahniah IM. Di bawah ini adalah beberapa faktor kelewatan yang dinyatakan pihak berwajib bagi mententeramkan hati pengundi-pengundi seluruh Mesir.
  
1) Pengumuman hanya dibuat bagi calon individu (fardi), untuk calon senarai (qaimah) dijangka akan diumumkan selepas selesai pilihanraya fasa ketiga.

2) Berlaku sedikit kesalahan teknikal seperti kehadiran lewat sesetengah jawatankuasa SPR, pengiraan undi yang dilakukan ditempat yang tidak sepatutnya, kertas undi yang tidak mencukupi, ada kertas undi yang tidak bercop dan beberapa kesilapan yang lain. Tetapi beliau menyatakan bahawa kesalahan teknikal tersebut tidak akan menjejaskan ketelusan proses pilihanaraya dan akan berusaha supaya ia tidak akan berlaku dalam fasa yang kedua.

3) Bagi peratusan keluar mengundi untuk fasa yang pertama adalah sebanyak 62 % iaitu lebih kurang 8.5 juta rakyat Mesir dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah pilihanraya Mesir. Walaubagaimanapun ia tidak mencapai sasaran yang disasarkan oleh pihak ketenteraan sebelum ini iaitu sebanyak 70 %.

4) Ramai calon individu (fardi) bakal menyertai pusingan ulangan (i'adah) yang akan berlangsung pada hari Isnin 5 Disember 2011 berikutan tidak memperolehi jumlah peratusan undi yang ditetapkan berdasarkan sistem proses pengiraan undi yang baru diperkenalkan.

Satu permulaan yang baik kepada parti hurriyyah wa 'adalah. Namun, kalian masih lagi perlu berusaha keras bagi memastikan kemenangan di pihak Islam. 

 *** Nantikan upload gambar markas Hizbu Hurriyyah Wa 'Adalah di Syarie' Qu'ud, amam bait Humaira' eh.. ;) ***

 

No comments: