Sunday, November 27, 2011

Menjadi lebih baik


 “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.
Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.
“Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Jawabnya, jelas beliau ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w.
Menurutnya lagi, momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.
Jelas beliau, pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah.
Beliau menambah, jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w.
“Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara,” ujarnya dalam perutusan sempena sambutan Hijratur Rasul 1433 Hijrah, baru-baru ini.- Sumber Harakah Daily.

1432 telah pun berlalu.1433 bertandang tanpa tangguh walau sedetik waktu. Pelbagai kisah suka duka terlakar menandakan otak ini masih lagi berfungsi sebagai hamba tuhan di muka bumi. Esok intikhabat ( pilihanraya ) Mesir fasa pertama akan berlangsung. Apakah kesan muzoharat (perhimpunan aman ) yang berlanjutan dari 25 Januari 2011 sehingga ke saat ini akan menghasilkan  natijah seperti yang diharapkan. Sungguh, ada debaran yang menghimpit dada di kala syita' mula menunjukkan taringnya. Renyai-renyai hujan bersama bayu dingin hingga ke tulang sumsum, bagai jutaan pedang menghunus setiap lapisan kulit. Ribuan rakyat Mesir masih berkampung di Tahrir Square. Tabahnya kalian mengharung syita' ini bagi menuntut hak-hak kalian yang tidak terlunas. Begitu juga jiwa-jiwa tegar pemburu syahid melaksanakan misi-misi ke'cinta'an terhadap Rabb yang Satu. Betapa kecemburuan menebal di sanubari. Andai  ia tertakdir untuk ku..

Khabar gembira buat penyokong bolasepak Bahrin kerana dapat menundukkan Malaysia 3-2. Kuasa Allah, 6 minit  menyaksikan 3 gol gawang Malaysia ditembusi pihak lawan. Ilmu apakah yang kalian guna hingga begitu hebat sejarah yang kalian lakarkan. Ya Allah, andai aku jua seperti itu...

*** Ya Muhaimin, jadikan tahun baru ini permulaan yang baik untuk diriku dan insan-insan di sekelilingku.  Sesungguhnya janji-Mu adalah benar... ***



 

No comments: