Saturday, December 25, 2010

Seresah nafas itu..

Apabila bercakap tentang kematian, pasti ramai yang mencebik atau merasakan itu bukan satu tajuk yang sesuai tatkala roda kehidupan berada di atas. Masakan tidak, ketika mana orang lain bergembira, kita pula perlu memikirkan satu kehidupan yang agak 'pelik' setelah mengalami saat perpisahan yang panjang. Apatah lagi, nama yang diseru untuk menyahut seruan Ilahi itu adalah orang terdekat dengan kita. Belum lagi memikirkan panggilan izrail itu atas nama kita. Sudah bersediakah kita? Tanya iman bisiki jiwa. Pasti ketemu jawapan.

MATI UNTUK HIDUP@HIDUP UNTUK MATI? Ramai juga mengiyakan topik yang mewah dengan hamasah untuk terus hidup ini. Hamasah? Sampai begitu sekali? Tengoklah darjat yang Allah kurniakan padanya. Kalau solat sekadar pelepas tanggungjawab yang digalas, belum cukup layak kematian dijadikan hamasah. Mahu atau tidak, segalanya di tangan kita. Layak atau tidak itu bukan kerja kita untuk menentukannya. Mari sama-sama-menjadikan kematian satu permulaan pada sebuah kehidupan.

Memaknakan sebuah kematian.

Thursday, December 16, 2010

MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA..karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni Best seller.

"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"





Mainpoint : Bersyukurlah anda di ciptakan sebagai seorang wanita


...bersifat pengasih dan Maha Pengasih

Dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W sering disentuh tentang kasih sayang seorang ibu. Memang tdak dapat dinafikan, ibu merupakan contoh yang nyata tentang kelembutan dan kasih sayang. Allah menjadikan ibu sebagai sumber kasih sayang. Seorang ibu sayang kepada anak-anaknya lebih dari kasih sayang kepada dirinya sendiri. Menerusi kasih sayang seorang ibu, Nabi S.A.W. menjadikan ia sebagai salah satu bukti rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.

Nabi S.A.W. sering menyebut tentang cinta dan kasih seorang ibu menjadi teladan pada kelembutan dan keanggunan. Allah S.W.T. menjadikan ibu sebagai air mata cinta yang sentiasa mengalir kepada anak-anaknya. Umar Al-Khattab berkata: "Ketika jumlah tawanan perang dihadapkan kepada Rasulullah, ternyata yang ramai di antara mereka adalah wanita. Salah seorang daripada mereka sedang berjalan dan mengendong bayi dan menyusukannya. Rasulullah bersabda: "Adakah anda berfikir wanita ini tergamak mencampakkan anaknya ke dalam api?" Kami menjawab: "Demi Allah, tidak!" Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah lebih sayangkan hamba-hambaNya daripada wanita ini kepada anaknya"

Ternyata, wanita yang menjadi tawanan perang itu adalah wanita terhormat dalam keluarganya, merdeka di lingkungan kabilahnya dan ditaati di rumah suaminya. Tetapi, setelah menjadi tawanan segalanya berubah. Dia menjadi hamba yang dikuasai dan diperintahi. Keadaan sangat sukar yang mana mampu membuat manusia lupa pada apa yang berada di sekelilingnya. Bagaimanapun, semua itu tidak membuatkan wanita tersebut melupakan akan anaknya dan belahan jiwanya.

**Wahai korang-korang semua, sayangilah ibu korang-korang selagi diorang masih ada..

Sunday, December 12, 2010

kebahagiaan milik Dia...

ibunda tercinta..

ayahanda tersayang..

anak-anak yang sentiasa dirindui....


Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut para ulama' dan cendekiawan adalah menjauhi hal-hal yang tidak berguna dalam hidup. Orang yang paling bernilai di mata orang berilmu adalah yang mengasihi serta dikasihi orang lain..

Saturday, December 11, 2010

Untuk kita bergelar hamba

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa. Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad: “Puasa Aasyura ada tiga darjat: Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

p/s : Bukan susah untuk menjadi yang terbaik.

Semaian untuk esok.

Berpagi-pagian si ibu dan si ayah menongkah ombak di laut bagi memenuhi kantung perut si anak. Bagai mengetahui jerih perih satu perjalanan panjang, si anak bekerja keras menuntut ilmu bagi membalas segala keringat yang tercurah. Ternyata, semaian hari ini berhasil untuk hari esok.

Terima kasih emak dan abuya ..


http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=108978235821590&id=100000634693592

bertatih untuk berlari


....di bantu oleh Aqidah falsafah...http://aqidah-falsafah86.blogspot.com/