Friday, July 22, 2011

terfikir-fikir

             Sudah mula memikirkan apa yang perlu dilakukan sepanjang cuti saifi ini. Excually, ini bukan lah cuti yang di nanti sangat. Debaran menanti hasil berhempas pulas setahun ini bagai tali penyidai yang menjerat leher. Tercekik sudah pasti, yang tak pasti hanya lah hidup mulia ataupun mati syahid (tak kait langsung!). NATIJAH OH NATIJAH.  Takutnya.....
              Kerja sudah mula bertimbun cuma masih lagi berkira-kira mahu memulakan yang mana terlebih dahulu. Mahu dikatakan terlalu sibuk, zaman itu sudah pun berlalu. Sungguh, amat merindui saat-saat 'keriangan' bekerja dalam kepimpinan PMRAM. Adus..nostalgia kembali mengamit perasaan..Whatever...
               Lagi isu mahasiswa ingin di bangkitkan di sini. Bukan susah sangat mahu jadi mahasiswa. Just masuk mana-mana universiti di seluruh dunia anda akan di gelar mahasiswa. Mudah bukan? Tetapi golongan mahasiswa manakah yang bersifat tulen sebagai mahasiswa? Anda mahasiswa? Anda tahu jawapannya. Tapi kalau anda bukan mahasiswa dan mahu menghayati apakah itu mahasiswa, baik anda lihat perbualan mereka ini..(Setelah disearch di youtube, video itu telah didelete atas sebab-sebab yang diketahui iaitu menidakan yang Haq). Jadi, mari kita lihat maksud mahasiswa yang di ambil dari wikipedia bahasa Indonesia.(tak jauh pun dengan bahasa ibunda kita)
               Mahasiswa atau Mahasiswi adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi.
Sepanjang sejarah, mahasiswa di berbagai bagian dunia telah mengambil peranan penting dalam sejarah suatu negara. Miasalnya, di Indonesia pada Mei 1998, ribuan mahasiswa berhasil memaksa Presiden Soeharto untuk mundur dari jabatannya.
                  Hebat bukan mahasiswa? Jadi kepada sesiapa yang merasakan mahasiswa diibaratkan seperti lembu yang boleh dicucuk hidung,  anda salah. Jika sekadar mahu menjaga periuk nasi, tidak perlulah menggunakan orang lain sebagai bahan lelongan. Mahasiswa bukan buta, tuli, bisu atau cacat anggotanya. Tetapi mahasiswa adalah agen perubahan. Jika kalian merasakan kalian anak JANTAN, mansuhkan AUKU..

***tunggu lah pru ke13..***

Thursday, July 21, 2011

....bersih....

Penyerahan Memorandum Bantah Pencabulan Hak Mahasiswa.

Tarikh: 21 Julai 2011
Hari: Selasa
Masa: 10 pagi
Tempat: Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohandissein, Giza

Penglibatan:

Pengerusi DESAK - Saudara Nuruddin Zinki Hamzah (Ketua)
Presiden PMRAM - Saudara Zuhaili Saiman
Presiden SUARA - Saudara Firdaus Madzlan
Presiden PERUBATAN - Saudara Syafiq
Presiden ABIM - Saudara Faiz
Semua YDP dan Pengerusi PMRAM Cawangan
Wakil HEWI PMRAM


Inilah antara perkara yang berlegar sekitar bulan Jun Julai baru-baru ini. Diari PMRAM mencatatkan  peristiwa pemecatan ahlinya dari menduduki peperiksaan akhir yang akhirnya membawa kepada kebangkitan suara mahasiswa Mesir. Sungguh, jangan di jolok sarang tebuan kalau ilmunya baru sejengkal. 

Di Malaysia pula, bertong-tong sumpah seranah terpaksa di terima PM dan koncu-koncunya kerana berkelakuan biadab membantah titah Agong. Alahai...dunia sudah mahu kiamat. Apa lagi yang direbut. Perbanyakkan amalan untuk menemui yang Esa kan lebih bagus.

****Dua minggu lagi natijah imtihan 'terrrbbaaiiik' dari doktor akan keluar . huhu ..kecut perut..hari ini berapa haribulan ya?***