Tertarik dengan dendangan lagu tanpa melodi dari seorang abang lewat perbualan di ruang sembang di Facebook beberapa hari lepas. Mendoakan kejayaan dan serangkap lirik dititipkan sebelum salam mengakhiri perbualan.
'' ujian adalah...
tarbiah dari Allah...
adakah kitakan sabar...
ataupun sebaliknya..'' Ujian itu tidak layak baginya sekiranya Allah mengatakan dia tidak mampu menanggungnya. http://lillahirabbi.blogspot.com/2011/01/muslimah-plkn.html#links
Teruskan bertahan Balqis. Ada sesuatu yang Dia mahu tunjukkan pada kamu. Ternyata, kamulah insan terpilih itu.;)
24 Januari 2011 sudah semakin hampir. Imtihan dunia bertemakan sijil Al-Azhar akan diduduki tidak lama lagi. Sudah bersediakah? Tepuk dada, tanyalah ....? Berbekalkan sekeping gambar emak,helaian demi helaian dibuka. Ya Allah, bantuilah hambamu ini.