Apabila bercakap tentang kematian, pasti ramai yang mencebik atau merasakan itu bukan satu tajuk yang sesuai tatkala roda kehidupan berada di atas. Masakan tidak, ketika mana orang lain bergembira, kita pula perlu memikirkan satu kehidupan yang agak 'pelik' setelah mengalami saat perpisahan yang panjang. Apatah lagi, nama yang diseru untuk menyahut seruan Ilahi itu adalah orang terdekat dengan kita. Belum lagi memikirkan panggilan izrail itu atas nama kita. Sudah bersediakah kita? Tanya iman bisiki jiwa. Pasti ketemu jawapan.
MATI UNTUK HIDUP@HIDUP UNTUK MATI? Ramai juga mengiyakan topik yang mewah dengan hamasah untuk terus hidup ini. Hamasah? Sampai begitu sekali? Tengoklah darjat yang Allah kurniakan padanya. Kalau solat sekadar pelepas tanggungjawab yang digalas, belum cukup layak kematian dijadikan hamasah. Mahu atau tidak, segalanya di tangan kita. Layak atau tidak itu bukan kerja kita untuk menentukannya. Mari sama-sama-menjadikan kematian satu permulaan pada sebuah kehidupan.
Memaknakan sebuah kematian.
2 comments:
Salam...mana next artikel nih?....hehe
nak kena tunggu kematian menjelma baru 'feel' lebih...hu
Post a Comment